Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2022

5 panduan berguna untuk melabur di Unit Amanah.

     5 Panduan melabur di Unit Trust. -alisaifuddinkarak-  Artikel kali ini saya akan berkongsi tips ringkas untuk melabur di Unit Trust ataupun Unit Amanah. Tips 1 & 2 Tips yang PERTAMA :  1) TUJUAN YANG JELAS Adalah penting untuk seorang pelabur mempunyai tujuan yang jelas sebelum mula melabur. Tujuan ini tidak boleh ditentukan oleh sesiapa pun kecuali anda, seorang pelabur. Hatta perunding juga konsultan tidak boleh memberi anda tujuan dalam melabur.  Ada orang tujuan melabur adalah untuk tabungan di masa tua. Ada juga melabur untuk tabung pendidikan anak. Tidak kurang yang melabur untuk tujuan membeli rumah atau kereta. Semua tujuan ini akan menentukan horizon serta strategi pelaburan anda. Horizon serta strategi inilah yang merupakan tugas perunding ataupun Unit Trust Consultant (UTC). Tetapi perkara paling asas iaitu tujuan, bergantung sepenuhnya kepada anda. Apapun tujuan anda, pastikan tujuan itu bukanlah perkara maksiat juga jenayah. Saya doakan tujuan dalam pelaburan ini