Skip to main content

About Me

 

 Tahun 2020 merupakan antara tahun paling mencabar untuk tamadun manusia kerana Covid-19 yang melanda dunia. Ekonomi dunia hari ini saling terkait antara satu negara dengan negara yang lain kerana dasar keterbukaan dan globalisasi. Bersediakah kita menghadapi zaman yang mencabar ini?? 


Blog ini saya dedikasikan untuk pencerahan mengenai dunia kewangan. Semoga sedikit sebanyak dapat membantu para pembaca merancang dan melindungi kewangan sendiri dan keluarga juga rakan-rakan.


Siapakah penulis?


Nama penulis : Ali Saifuddin Bin Wafasha Zili.

Kaitan dengan dunia kewangan : Merupakan seorang perunding takaful dan juga perunding unit amanah saham(unit trust) yang sah dan berdaftar. Juga merupakan seorang "salesman" sejak 2017.

Tujuan blog ini ditulis : Berkongsi ilmu kewangan dengan bahasa mudah, "Layman Terms".

Hubungi penulis : Penulis boleh dihubungi di emel alisaifuddin1992@gmail.com ataupun di page facebook juga instagram "alisaifuddinkarak".

"Selamat Membaca"


Comments

Popular posts from this blog

5 panduan berguna untuk melabur di Unit Amanah.

     5 Panduan melabur di Unit Trust. -alisaifuddinkarak-  Artikel kali ini saya akan berkongsi tips ringkas untuk melabur di Unit Trust ataupun Unit Amanah. Tips 1 & 2 Tips yang PERTAMA :  1) TUJUAN YANG JELAS Adalah penting untuk seorang pelabur mempunyai tujuan yang jelas sebelum mula melabur. Tujuan ini tidak boleh ditentukan oleh sesiapa pun kecuali anda, seorang pelabur. Hatta perunding juga konsultan tidak boleh memberi anda tujuan dalam melabur.  Ada orang tujuan melabur adalah untuk tabungan di masa tua. Ada juga melabur untuk tabung pendidikan anak. Tidak kurang yang melabur untuk tujuan membeli rumah atau kereta. Semua tujuan ini akan menentukan horizon serta strategi pelaburan anda. Horizon serta strategi inilah yang merupakan tugas perunding ataupun Unit Trust Consultant (UTC). Tetapi perkara paling asas iaitu tujuan, bergantung sepenuhnya kepada anda. Apapun tujuan anda, pastikan tujuan itu bukanlah perkara maksiat juga jenayah. Saya doaka...

ENAM CABARAN BIASA KEWANGAN

                                                             1) Perbelanjaan bulanan melebihi pendapatan bulanan. Seseorang individu tidak mempunyai bajet yang realistik. Realistik di sini bermaksud pendapatan yang anda peroleh tidak selari dengan perbelanjaan atau komitmen yang perlu anda selesaikan. Solusi  : Hal ini dapat diatasi dengan cara anda mewujudkan satu jadual perbelanjaan yang sistematik dan realistik mengikut kadar pendapatan bulanan anda. Bajet perbelanjaan boleh dilakukan secara manual, menggunakan Microsoft Excel, melalui aplikasi di telefon pintar anda, atau melalui group whatsapp antara anda dan pasangan anda (jika berkeluarga). Jika selepas buat kira-kira dan anda masih mengalami masalah kekurangan wang, anda mungkin boleh mencuba dua alternatif seperti         i)...

Salam Perkenalan.

  Salam perkenalan! Blog ini bertujuan berkongsi tips kewangan dengan bahasa mudah(Layman's Terms). Semuanya bermula apabila rakan-rakan juga klien saya mengatakan mereka suka dengan penerangan saya yang mudah difahami. Bidang saya secara personal adalah perlindungan kewangan(takaful) dan juga pelaburan dan penyimpanan(unit trust/unit amanah). Saya merupakan perunding unit amanah dan juga takaful yang berdaftar secara sah Harap tulisan di blog ini bermanfaat untuk anda! Boleh hubungi saya di media sosial "alisaifuddinkarak" (Facebook & Instagram) atau email di alisaifuddin1992@gmail.com