1) Perbelanjaan bulanan melebihi pendapatan bulanan.
Seseorang individu tidak mempunyai bajet yang realistik. Realistik di sini bermaksud pendapatan yang anda peroleh tidak selari dengan perbelanjaan atau komitmen yang perlu anda selesaikan.
Solusi : Hal ini dapat diatasi dengan cara anda mewujudkan satu jadual perbelanjaan yang sistematik dan realistik mengikut kadar pendapatan bulanan anda. Bajet perbelanjaan boleh dilakukan secara manual, menggunakan Microsoft Excel, melalui aplikasi di telefon pintar anda, atau melalui group whatsapp antara anda dan pasangan anda (jika berkeluarga). Jika selepas buat kira-kira dan anda masih mengalami masalah kekurangan wang, anda mungkin boleh mencuba dua alternatif seperti
i) menambah pendapatan sampingan
ii) mengurangkan komitmen anda mengikut keutamaan.
Antara sumber pendapatan sampingan yang anda boleh peroleh adalah seperti menjadi agent barangan/makanan, menjadi runner, melakukan home-based business pada hujung minggu dan banyak lagi. Seterusnya, komitmen dapat dikurangkan dengan membuat pilihan yang bijak dengan membeli sesuatu barangan mengikut kemampuan. Jika anda terlalu banyak membeli barangan melebihi kemampuan dan perlu bayar secara ansuran setiap bulan, anda mungkin akan dibebani dengan hutang dan tekanan untuk memastikan anda peroleh gaji yang tetap setiap bulan tanpa culas. Sebolehnya bayaran ansuran hanyalah dibuat untuk membeli asset yang perlu dan penting untuk menjalani kehidupan seharian seperti rumah, kereta, penapis air, wifi, dan lain- lain. Dengan cara ini, anda mungkin dapat mencapai Financial Independence, Retire Early (FIRE) pada usia muda.
2) Tidak ada rizab kecemasan
Lebih dari 90% rakyat Malaysia tidak mempunyai rizab kecemasan walaupun hanya sebulan perbelanjaan bulanan. Hal ini akan menyulitkan hari mendatang di mana anda mengalami kecemasan secara tiba tiba seperti tayar kereta pecah, perlu renew roadtax kereta baru, ahli keluarga sakit/kemalangan, terpaksa diberhentikan kerja sepertimana yang berlaku pada era pandemic covid ini dan banyak lagi kecemasan yang tak dapat di duga.
Solusi : Oleh itu, perlunya untuk anda wujudkan rizab kecemasan. Selain itu, anda juga boleh melanggani mana-mana insuran perlindungan sebagai persediaan agar ia dapat menampung kos kecemasan di masa akan datang. Keutamaan untuk mempunyai rizab kecemasan adalah di tangga ketiga iaitu selepas komitmen dan perbelanjaan. Cara terbaik bina rizab kecemasan ialah dengan menggunakan Direct Debit Authorization (DDA) di dana yang kurang volatile.
3) Tidak mempunyai tabiat menyimpan wang sebelum berbelanja.
Antara salah faham pengurusan kewangan yang berlaku dalam kalangan masyarakat adalah ‘berbelanja dahulu, menyimpan kemudian’. Sedangkan cara yang terbaik adalah ‘menyimpan dahulu, berbelanja kemudian’. Dengan cara ini, anda akan dapat mengawal pembaziran yang anda sering lakukan tanpa anda sedar seperti membeli barangan kemahuan yang mewah dan melebihi kemampuan anda. Ini menyebabkan anda kehabisan wang secara total tanpa ada sedikit pun yang berbaki untuk kecemasan atau keperluan yang lain. Tabiat menyimpan perlulah digalakkan sejak kecil dengan menggunakan pelbagai teknik yang menarik. Antaranya seperti
i. Mempunyai tabung duit syiling
ii. Menyimpan ikut note/warna duit (biru/hijau/oren/purple) mengikut kemampuan yang anda boleh konsisten.
iii. Menyimpan ikut tarikh haribulan ( 1-31 ) setiap bulan
iv. Labelkan sampul mengikut kegunaan (perbelanjaan/simpanan/yuran/komitmen)
Solusi: Perlu difahami bahawa menyimpan ini, return hanya sekadar untuk menampung kadar inflasi sahaja.
4) Hutang melampaui batas.
Gaya hidup yang melampau dengan 100% kebergantungan pada pendapatan aktif untuk melangsaikan hutang tersebut adalah salah satu gaya hidup yang tidak sihat.
Solusi: Wujudkan strategi pelangsaian hutang dengan mengenali jenis jenis hutang iaitu hutang jahat dan hutang baik.
Hutang baik ialah hutang yang dapat menjana pendapatan. Bagi individu yang berada dalam bidang sales, takrifan hutang baik ini adalah subjektif. Sebagai contoh, hutang kereta ialah hutang baik kerana ia boleh menjana wang dan ia akan menjadi asset.
Bagi majoriti orang biasa-biasa yang makan gaji, kereta itu menjadi liabiliti.
Pada pendapat saya, berhutanglah selagi mana ia dapat ditampung dengan pendapatan pasif anda. Tetapi apabila sudah mencapai tahap pendapatan pasif yang lebih tinggi dan segala kemahuan yang anda inginkan telah tercapai, tiba masa untuk anda fokus untuk berada dalam fasa bebas hutang (debt-free)
“Bila air yang sedikit dapat menyelamatkanmu dari rasa haus, tak perlu meminta air lebih banyak yang barangkali dapat membuatmu tenggelam. Maka selalulah belajar cukup dengan apa yang kamu miliki”- Mbah Nun.
5) Cetek ilmu pelaburan
Bab ini agak panjang untuk diterangkan dan ia berkait dengan rizab kecemasan. Pelaburan adalah aktiviti pengurusan kewangan selepas mempunyai rizab kecemasan. Di samping itu, anda juga perlu kenali dengan baik antara tiga katogeri pengurusan kewangan yang berbeza iaitu
i) Penyimpanan
ii) Pelaburan
iii) Perjudian.
Banyak masyarakat terjebak dengan berjudi tanpa mereka sedari. Hal ini kerana, mereka menginginkan hasil yang cepat pada kadar risiko yang rendah.
Perlu untuk anda ketahui, apabila anda mengambil keputusan untuk melabur, anda sebenarnya sedang mendedahkan diri anda pada risiko kerugian. Namun ada juga tempat pelaburan yang boleh menjamin bahawa modal yang anda labur takkan berkurangan seperti melabur di ASB dan Tabung Haji. Hakikatnya, pelaburan yang mempunyai risiko kerugian didapati juga mempunyai keuntungan yang lebih tinggi. Jadi pilihlah untuk melabur mengikut keselesaan dan kemampuan masing-masing.
Solusi: Apabila rizab kecemasan anda telah mencapai satu angka yang selamat dan stabil, anda boleh belanjakan 10% ke 20% dari pendapatan bulanan anda untuk pelaburan. Pay yourself first further! Penting untuk anda kenali risk appetite (demographic information) anda sendiri dan investment horizon (period of investment)
Kalau anda nak untung dalam masa singkat, itu tidak dipanggil sebagai satu pelaburan. Itu dinamakan perdagangan. Manakala, untung yang hendak diperoleh dengan lebih cepat dan lebih singkat itu dipanggil scalping atau spekulasi. Jika anda tersalah langkah, perbuatan anda itu dikenali sebagai tikam-tikam atau nama lainnya berjudi. Banyak orang ingat dia melabur tapi sebenarnya mereka berjudi. Ahlin naar kuntuturoba! Hati-hati dengan wang yang anda dapat kerana ia akan menjadi darah daging anda. Oleh itu, jika anda tidak pasti atau tidak mahir dengan bidang ini, anda disarankan untuk berkonsultasi dengan ahlinya agar anda dapat gambaran yang lebih jelas serta dapat membuat keputusan yang lebih bijak.
6) Kurang berdisiplin
Kebanyakan individu tidak disiplin dalam mematuhi bajet yang telah dirancang olehnya. Belanja ikut impulses. Priority salah.
Solusi: Bila tengok satu barang tu harganya lebih dari 20% gaji bulanan, rileks dulu. Beri masa 24 jam. Lepas 24 jam, fikir nak lagi ke tak benda tu. Kalau nak lagi, beli jelah.
Inilah ilmu asas kewangan. Tapi 80% raykat Malaysia akan gagal dalam bab ini.
Kegagalan ini tak mengira anda golongan B40 ke, M40 ke atau T20.
Tapi menjadi satu bonus jika anda jadi golongan T20 dan mahir ilmu di atas. It makes a lot of difference kepada kualiti hidup anda.
Semoga perkongsian ilmu ini bermanfaat. Jemputlah follow Alisaifuddinkarak untuk perkongsian ilmu kewangan. Until Then, Happy Improving Your Self Discipline
Comments
Post a Comment