5 Panduan melabur di Unit Trust. -alisaifuddinkarak- |
Artikel kali ini saya akan berkongsi tips ringkas untuk melabur di Unit Trust ataupun Unit Amanah.
Tips 1 & 2 |
Tips yang PERTAMA :
1) TUJUAN YANG JELAS
Adalah penting untuk seorang pelabur mempunyai tujuan yang jelas sebelum mula melabur. Tujuan ini tidak boleh ditentukan oleh sesiapa pun kecuali anda, seorang pelabur. Hatta perunding juga konsultan tidak boleh memberi anda tujuan dalam melabur.
Ada orang tujuan melabur adalah untuk tabungan di masa tua. Ada juga melabur untuk tabung pendidikan anak. Tidak kurang yang melabur untuk tujuan membeli rumah atau kereta. Semua tujuan ini akan menentukan horizon serta strategi pelaburan anda. Horizon serta strategi inilah yang merupakan tugas perunding ataupun Unit Trust Consultant(UTC). Tetapi perkara paling asas iaitu tujuan, bergantung sepenuhnya kepada anda.
Apapun tujuan anda, pastikan tujuan itu bukanlah perkara maksiat juga jenayah. Saya doakan tujuan dalam pelaburan ini tercapai.
Tips yang KEDUA :
2) FAHAMI PELABURAN ANDA
Setiap dana yang terdapat di unit amanah berbeza sifat dan objektif. Terdapat dana yang geografinya tempatan, ada yang bersifat rantau, ada juga negara tertentu malah ada yang bersifat antarabangsa.
Malah risiko setiap dana juga berbeza. Ada yang risikonya sangat rendah, ada yang sederhana, ada juga yang berisiko tinggi. Ingat, bersama risiko yang tinggi, ada pulangan yang juga tinggi.
Dana juga ada karekter sektor pelaburan yang terbabit. Contohnya, teknologi maklumat ataupun kesihatan juga industri berat. Malah sektor perkhidmatan juga agak luas penglibatannya dalam pelaburan unit amanah.
Semua sifat-sifat ini perlu difahami oleh para pelabur agar para pelabur memahami strategi yang dilakukan oleh UTC anda.
Tips 3-5 |
Tips KEEMPAT :
4) JANGAN MELABUR DENGAN EMOSI!
Melabur perlu kepada rasional juga strategi. Emosi sudah tentu tidak dapat dibuang sebagai seorang manusia, tetapi jangan jadikan emosi sebagai penentu strategi pelaburan anda. Bincang strategi pelaburan anda bersama dengan Unit Trust Consultant UTC anda.
Tips KELIMA :
5) PELABAGAIKAN PORTFOLIO ANDA
"Jangan letak telur di satu bakul, kerana jika jatuh satu bakul, semua telur anda akan pecah". Dont put eggs all in one basket adalah antara strategi asas pelaburan yang menggambarkan "Kepelbagaian".
Pastikan untuk tempoh sederhana juga panjang, portfolio anda tidak hanya satu tona, hanya mempunyai satu jenis pelaburan atau dana. Sebagai contoh, hanya pelaburan berisiko tinggi ataupun hanya pelaburan berisiko rendah. Kuncinya adalah, kepelbagaian.
KONKLUSI
Semoga tips-tips ini berguna dan membantu anda untuk melabur di unit amanah. Apapun cuba berbincang dan mengambil pendapat dengan mereka yang pakar ataupun perunding unit amanah/UTC anda. Semoga semua yang membaca dapat mencapai tujuan mereka dalam melabur.
Ali Saifuddin,
Perunding Unit Amanah(PEUA/UTC)
@alisaifuddinkarak
Comments
Post a Comment