Skip to main content

Salam Perkenalan.


 


Salam perkenalan!

Blog ini bertujuan berkongsi tips kewangan dengan bahasa mudah(Layman's Terms). Semuanya bermula apabila rakan-rakan juga klien saya mengatakan mereka suka dengan penerangan saya yang mudah difahami.


Bidang saya secara personal adalah perlindungan kewangan(takaful) dan juga pelaburan dan penyimpanan(unit trust/unit amanah). Saya merupakan perunding unit amanah dan juga takaful yang berdaftar secara sah


Harap tulisan di blog ini bermanfaat untuk anda!


Boleh hubungi saya di media sosial "alisaifuddinkarak" (Facebook & Instagram) atau email di alisaifuddin1992@gmail.com

Comments

Popular posts from this blog

5 panduan berguna untuk melabur di Unit Amanah.

     5 Panduan melabur di Unit Trust. -alisaifuddinkarak-  Artikel kali ini saya akan berkongsi tips ringkas untuk melabur di Unit Trust ataupun Unit Amanah. Tips 1 & 2 Tips yang PERTAMA :  1) TUJUAN YANG JELAS Adalah penting untuk seorang pelabur mempunyai tujuan yang jelas sebelum mula melabur. Tujuan ini tidak boleh ditentukan oleh sesiapa pun kecuali anda, seorang pelabur. Hatta perunding juga konsultan tidak boleh memberi anda tujuan dalam melabur.  Ada orang tujuan melabur adalah untuk tabungan di masa tua. Ada juga melabur untuk tabung pendidikan anak. Tidak kurang yang melabur untuk tujuan membeli rumah atau kereta. Semua tujuan ini akan menentukan horizon serta strategi pelaburan anda. Horizon serta strategi inilah yang merupakan tugas perunding ataupun Unit Trust Consultant (UTC). Tetapi perkara paling asas iaitu tujuan, bergantung sepenuhnya kepada anda. Apapun tujuan anda, pastikan tujuan itu bukanlah perkara maksiat juga jenayah. Saya doakan tujuan dalam pelaburan ini

DISTRIBUTION & CAPITAL GAIN

Senarai dana yang memberi pulangan, 31 Oktober 2021 ————————————————————————— Dalam posting blog saya yang lepas bertajuk "ENAM CABARAN BIASA KEWANGAN" , ada saya sebutkan tentang cetek ilmu pelaburan. Jadi hari ini saya ingin senaraikan sedikit sebanyak maklumat berkenaan dengan pelaburan di Public Mutual yang saya kawal selia bagi pelanggan-pelanggan yang tidak putus memberi kepercayaan kepada saya untuk menguruskan wang pelaburan mereka.  Baru baru ini, Public Mutual telah pun mengeluarkan kenyataan berkaitan dengan info terkini berkaitan keuntungan dividen yang bakal diperoleh oleh para pelanggan mereka dan ini merupakan berita gembira buat mereka yang telah pun bertindak untuk melabur di unit trust ini. Berikut adalah maklumat berkaitan : 1. Public Mutual telah mengisytiharkan agihan dividen lebih dari RM 229 juta untuk 12 dana unit amanah kewangan bagi tahun berakhir 31 Oktober 2021 2.  Dalam unit trust ada 2 bentuk pulangan iaitu distribution dan capital gain (peruba

ENAM CABARAN BIASA KEWANGAN

                                                             1) Perbelanjaan bulanan melebihi pendapatan bulanan. Seseorang individu tidak mempunyai bajet yang realistik. Realistik di sini bermaksud pendapatan yang anda peroleh tidak selari dengan perbelanjaan atau komitmen yang perlu anda selesaikan. Solusi  : Hal ini dapat diatasi dengan cara anda mewujudkan satu jadual perbelanjaan yang sistematik dan realistik mengikut kadar pendapatan bulanan anda. Bajet perbelanjaan boleh dilakukan secara manual, menggunakan Microsoft Excel, melalui aplikasi di telefon pintar anda, atau melalui group whatsapp antara anda dan pasangan anda (jika berkeluarga). Jika selepas buat kira-kira dan anda masih mengalami masalah kekurangan wang, anda mungkin boleh mencuba dua alternatif seperti         i)  menambah pendapatan sampingan ii)  mengurangkan komitmen anda mengikut keutamaan. Antara sumber pendapatan sampingan yang anda boleh peroleh adalah seperti menjadi agent barangan/makanan, menjadi runner,