Skip to main content

Posts

Showing posts with the label bijak kewangan

DISTRIBUTION & CAPITAL GAIN

Senarai dana yang memberi pulangan, 31 Oktober 2021 ————————————————————————— Dalam posting blog saya yang lepas bertajuk "ENAM CABARAN BIASA KEWANGAN" , ada saya sebutkan tentang cetek ilmu pelaburan. Jadi hari ini saya ingin senaraikan sedikit sebanyak maklumat berkenaan dengan pelaburan di Public Mutual yang saya kawal selia bagi pelanggan-pelanggan yang tidak putus memberi kepercayaan kepada saya untuk menguruskan wang pelaburan mereka.  Baru baru ini, Public Mutual telah pun mengeluarkan kenyataan berkaitan dengan info terkini berkaitan keuntungan dividen yang bakal diperoleh oleh para pelanggan mereka dan ini merupakan berita gembira buat mereka yang telah pun bertindak untuk melabur di unit trust ini. Berikut adalah maklumat berkaitan : 1. Public Mutual telah mengisytiharkan agihan dividen lebih dari RM 229 juta untuk 12 dana unit amanah kewangan bagi tahun berakhir 31 Oktober 2021 2.  Dalam unit trust ada 2 bentuk pulangan iaitu distribution dan capital gain (peruba

ENAM CABARAN BIASA KEWANGAN

                                                             1) Perbelanjaan bulanan melebihi pendapatan bulanan. Seseorang individu tidak mempunyai bajet yang realistik. Realistik di sini bermaksud pendapatan yang anda peroleh tidak selari dengan perbelanjaan atau komitmen yang perlu anda selesaikan. Solusi  : Hal ini dapat diatasi dengan cara anda mewujudkan satu jadual perbelanjaan yang sistematik dan realistik mengikut kadar pendapatan bulanan anda. Bajet perbelanjaan boleh dilakukan secara manual, menggunakan Microsoft Excel, melalui aplikasi di telefon pintar anda, atau melalui group whatsapp antara anda dan pasangan anda (jika berkeluarga). Jika selepas buat kira-kira dan anda masih mengalami masalah kekurangan wang, anda mungkin boleh mencuba dua alternatif seperti         i)  menambah pendapatan sampingan ii)  mengurangkan komitmen anda mengikut keutamaan. Antara sumber pendapatan sampingan yang anda boleh peroleh adalah seperti menjadi agent barangan/makanan, menjadi runner,