Skip to main content

DISTRIBUTION & CAPITAL GAIN




Senarai dana yang memberi pulangan, 31 Oktober 2021

—————————————————————————

Dalam posting blog saya yang lepas bertajuk "ENAM CABARAN BIASA KEWANGAN" , ada saya sebutkan tentang cetek ilmu pelaburan. Jadi hari ini saya ingin senaraikan sedikit sebanyak maklumat berkenaan dengan pelaburan di Public Mutual yang saya kawal selia bagi pelanggan-pelanggan yang tidak putus memberi kepercayaan kepada saya untuk menguruskan wang pelaburan mereka. 

Baru baru ini, Public Mutual telah pun mengeluarkan kenyataan berkaitan dengan info terkini berkaitan keuntungan dividen yang bakal diperoleh oleh para pelanggan mereka dan ini merupakan berita gembira buat mereka yang telah pun bertindak untuk melabur di unit trust ini.

Berikut adalah maklumat berkaitan :

1. Public Mutual telah mengisytiharkan agihan dividen lebih dari RM 229 juta untuk 12 dana unit amanah kewangan bagi tahun berakhir 31 Oktober 2021

2. Dalam unit trust ada 2 bentuk pulangan iaitu distribution dan capital gain (perubahan harga dana unit trust). Agihan dividen yang diisytiharkan ini tidak termasuk pulangan dari segi capital gain lagi. Jadi anda boleh bayangkan berapa banyak keuntungan yang akan anda peroleh jika anda mula melabur.

3. Pelabur yang mengumpul lebih banyak unit akan mendapat lebih banyak dividen disebabkan oleh  dividen unit trust akan dikira berdasarkan bilangan unit terkumpul. Fakta yang perlu diketahui para pelabur adalah, unit yang dibeli seminggu sebelum agihan di isytiharkan tetap akan diambil kira walaupun pembelian baru sahaja dilakukan. Oleh itu, tiada istilah terlambat untuk memulakan pelaburan anda.

4. Yang paling penting adalah hampir setiap bulan, mesti ada dana yang akan isytiharkan dividen mereka. Jadi buat anda yang terlepas untuk membeli dana-dana ini, jangan risau, kerana kita masih ada lagi dana-dana yang lain yang bakal di isytihar pada bulan bulan yang mendatang.


Tahniah diucapkan kepada para pelabur unit trust Public Mutual, 
NO 1* Private Unit Trust Company


Buat anda yang berminat untuk melabur, dengan tunai serendah RM100 pun, anda sudah boleh mula melabur dan menyimpan untuk tabungan idaman anda. Anda juga boleh membuat pilihan sama ada hendak melabur menggunakan tunai secara lump sum, standing instruction bulanan atau akaun 1 persaraan anda. 

Anda buat, anda dapat. Kalau bukan hari ini bila lagi. Pastikan anda dapatkan maklumat yang tepat dari consultant anda sebelum membuat sebarang pelaburan bagi mengelakkan salah faham di masa akan datang.

Ali Saifuddin,
Unit Trust Consultant

Jemputlah follow Alisaifuddinkarak untuk perkongsian ilmu kewangan

#DPC
#longterminvestment 
#Daimyoprestigeconsultancy

Kredit tulisan kepada AM Affan.



Comments

Popular posts from this blog

5 panduan berguna untuk melabur di Unit Amanah.

     5 Panduan melabur di Unit Trust. -alisaifuddinkarak-  Artikel kali ini saya akan berkongsi tips ringkas untuk melabur di Unit Trust ataupun Unit Amanah. Tips 1 & 2 Tips yang PERTAMA :  1) TUJUAN YANG JELAS Adalah penting untuk seorang pelabur mempunyai tujuan yang jelas sebelum mula melabur. Tujuan ini tidak boleh ditentukan oleh sesiapa pun kecuali anda, seorang pelabur. Hatta perunding juga konsultan tidak boleh memberi anda tujuan dalam melabur.  Ada orang tujuan melabur adalah untuk tabungan di masa tua. Ada juga melabur untuk tabung pendidikan anak. Tidak kurang yang melabur untuk tujuan membeli rumah atau kereta. Semua tujuan ini akan menentukan horizon serta strategi pelaburan anda. Horizon serta strategi inilah yang merupakan tugas perunding ataupun Unit Trust Consultant (UTC). Tetapi perkara paling asas iaitu tujuan, bergantung sepenuhnya kepada anda. Apapun tujuan anda, pastikan tujuan itu bukanlah perkara maksiat juga jenayah. Saya doakan tujuan dalam pelaburan ini

ENAM CABARAN BIASA KEWANGAN

                                                             1) Perbelanjaan bulanan melebihi pendapatan bulanan. Seseorang individu tidak mempunyai bajet yang realistik. Realistik di sini bermaksud pendapatan yang anda peroleh tidak selari dengan perbelanjaan atau komitmen yang perlu anda selesaikan. Solusi  : Hal ini dapat diatasi dengan cara anda mewujudkan satu jadual perbelanjaan yang sistematik dan realistik mengikut kadar pendapatan bulanan anda. Bajet perbelanjaan boleh dilakukan secara manual, menggunakan Microsoft Excel, melalui aplikasi di telefon pintar anda, atau melalui group whatsapp antara anda dan pasangan anda (jika berkeluarga). Jika selepas buat kira-kira dan anda masih mengalami masalah kekurangan wang, anda mungkin boleh mencuba dua alternatif seperti         i)  menambah pendapatan sampingan ii)  mengurangkan komitmen anda mengikut keutamaan. Antara sumber pendapatan sampingan yang anda boleh peroleh adalah seperti menjadi agent barangan/makanan, menjadi runner,