5 Panduan melabur di Unit Trust. -alisaifuddinkarak- Artikel kali ini saya akan berkongsi tips ringkas untuk melabur di Unit Trust ataupun Unit Amanah. Tips 1 & 2 Tips yang PERTAMA : 1) TUJUAN YANG JELAS Adalah penting untuk seorang pelabur mempunyai tujuan yang jelas sebelum mula melabur. Tujuan ini tidak boleh ditentukan oleh sesiapa pun kecuali anda, seorang pelabur. Hatta perunding juga konsultan tidak boleh memberi anda tujuan dalam melabur. Ada orang tujuan melabur adalah untuk tabungan di masa tua. Ada juga melabur untuk tabung pendidikan anak. Tidak kurang yang melabur untuk tujuan membeli rumah atau kereta. Semua tujuan ini akan menentukan horizon serta strategi pelaburan anda. Horizon serta strategi inilah yang merupakan tugas perunding ataupun Unit Trust Consultant (UTC). Tetapi perkara paling asas iaitu tujuan, bergantung sepenuhnya kepada anda. Apapun tujuan anda, pastikan tujuan itu bukanlah perkara maksiat juga jenayah. Saya doakan tujuan dalam pelaburan ini
Senarai dana yang memberi pulangan, 31 Oktober 2021 ————————————————————————— Dalam posting blog saya yang lepas bertajuk "ENAM CABARAN BIASA KEWANGAN" , ada saya sebutkan tentang cetek ilmu pelaburan. Jadi hari ini saya ingin senaraikan sedikit sebanyak maklumat berkenaan dengan pelaburan di Public Mutual yang saya kawal selia bagi pelanggan-pelanggan yang tidak putus memberi kepercayaan kepada saya untuk menguruskan wang pelaburan mereka. Baru baru ini, Public Mutual telah pun mengeluarkan kenyataan berkaitan dengan info terkini berkaitan keuntungan dividen yang bakal diperoleh oleh para pelanggan mereka dan ini merupakan berita gembira buat mereka yang telah pun bertindak untuk melabur di unit trust ini. Berikut adalah maklumat berkaitan : 1. Public Mutual telah mengisytiharkan agihan dividen lebih dari RM 229 juta untuk 12 dana unit amanah kewangan bagi tahun berakhir 31 Oktober 2021 2. Dalam unit trust ada 2 bentuk pulangan iaitu distribution dan capital gain (peruba